Diari Hati

21 Oct

ombak mengelora memberikan irama

menenteramkan hati yang kian berlayu

angin laut melambai mengeringkan air mata

menenangkan minda yang lama bercelaru

*

walaupun ianya sudah lama berlalu

namun kepanasan di pipi kerap kali dirasai

kerana air mata sering tidak mendengar arahan ku

deras mengalir apabila semua ni diimbas kembali

*

hati bergendang buat kali pertama berjumpa

mata mu bulat bersinar menerangi  dunia ku

sungguh indahnya perasaan itu yang dinamakan cinta

kebahagian mu telah menjadi matlamat hidup ku

*

aku bukanlah insan yang sempurna

petunjuk daripadaNya sentiasa ku pohon dan pinta

cinta padaNya yg paling mulia dan hati mu yang paling berharga

ku idamkan cinta syurga dan dunia akhirat yg ku kejar

*

waktu yang indah seumpama titisan embun di senja

pada saat menikmati juga saat ianya menjauhi

kau berikan cahaya juga kau yang malapkannya

namun hati tetap tabah dan terus merindui

*

seikhlas hati ku hanya untuk menyanyangi mu

namun hati ni yang sering kau abai

sejujur hati ku hanya untuk melindungi mu

namum hati ni yang sering kau lukai

*

kini aku sudah tersedar dari alam mimpi

yang tinggal adalah parut dalam hati yang berkekalan

yang manis hanya wujud dalam alam fantasi

tapi kalau tak sedar kepahitan pula akan berlarutan

*

sudah penat  aku membayangkan wajah mu

senyuman mu tidak lagi menceriakan hidup ku

tidak pernah aku memilih untuk meninggalkan mu

cuma hati mu yang tidak pernah mencatat kehadiran ku

(**simon 2012**)

15 Responses to “Diari Hati”

  1. Kevin's boss October 21, 2012 at 6:24 pm #

    Fuyooh! Why suddenly so jiwang? Is our Sim finally found someone for the 12.12.12 event? Congratulations la!

    • Simon Sim October 21, 2012 at 7:48 pm #

      no la Boss.. ni syok sendiri saja.. hehe.. :p

  2. Wasana October 21, 2012 at 11:16 pm #

    Im one of your admirer.can we be friend??wink wink:)

    • Simon Sim October 22, 2012 at 11:28 pm #

      hi Wasana.. 🙂
      of course we can be friend..
      nice to meet you.. ^_^

      • Wasana October 23, 2012 at 12:35 am #

        Hehe..nice to meet u too:)..actually I worked with u in neurosurgical hsajb before..oncall with u twice..u might not remember me..:)

      • Simon Sim October 23, 2012 at 9:20 pm #

        ha.. that’s interesting.. 🙂 i’m now in kubang kerian.. 🙂

  3. Wasana October 23, 2012 at 9:29 pm #

    May I hv ur phone no?:)

    • Simon Sim October 23, 2012 at 9:34 pm #

      sure.. just sent to ur email..🙂

      • Wasana October 23, 2012 at 9:55 pm #

        Thanks dr sim.. just msg u d.. :p

  4. jules October 25, 2012 at 6:07 pm #

    lovely!

  5. suituapui October 27, 2012 at 8:45 am #

    Cantiknya puisi… No worries. Jodoh belum sampai… It will come one day, no worries.

  6. siti nabilah ibrahim November 12, 2012 at 8:20 pm #

    amboi…so sweeet..hehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: